Saturday, May 26, 2012

Crystal Clear Phone - Handphone Lutsinar Masa Depan






Handphone konsep di bawah ini direka oleh seorang desainer dari Korea, Seunghan Song. Diperbuat daripada sejenis bahan gentian kaca yang lutsinar, dilengkapi dengan skrin sesentuh serta operating system berkemungkinan Windows, ia berkemungkinan bakal menjadi kenyataan (mula diproduksi) dalam beberapa tahun akan datang. 


Gambar Terkini Aishwarya Rai di Cannes Tetap Mempersona!






Disebabkan mendapat kritikan yang pedas mengenai badannya selepas melahirkan anak perempuan pada bulan November lalu, ramai yang tertunggu-tunggu penampilan Aishwarya Rai. Walaupun dikritik teruk, dia tidak mengambil pusing kritikan itu, malah tampil berani bergaya di Cannes baru-baru ini.


Pada petang 25 Mei semalam, Aishwarya Rai menjadi tumpuan lensa kamera para jurugambar dan paparazi ketika melintasi kapet merah di acara Cannes premiere of Cosmopolis. Walaupun susuk badannya nampak memang berisi tetapi Aishwarya tetap mempesonakan.

Gambar Letusan Gunung Berapi Bawah Laut






Mungkin ramai antara kita pernah melihat atau terlihat imej letusan gunung berapi di darat, namun tak ramai rasanya yang pernah melihat imej letusan gunung berapi di bawah laut. Gambar-gambar letusan gunung berapi bawah laut di bawah ini dirakamkan di negara jiran kita, Indonesia. 

Gila, Terpaksa Pecah Rumah Untuk Selamatkan Gadis Gemuk Sebab Sesak Nafas





Sepasukan penyelamat terdiri daripada bomba, jurutera dan anggota separa perubatan memecahkan sebahagian rumah untuk menyelamatkan seorang remaja belasan tahun yang dipercayai paling besar di Britain selepas dia berdepan dengan masalah sukar bernafas.


Ia adalah satu-satunya cara untuk mengeluarkan Georgia Davis, 19, dari rumahnya di Aberdare, Wales Selatan dan dibawa ke hospital. Menurut beberapa rakannya, Georgia mempunyai berat badan 400 kilogram.

Usaha menakjubkan untuk menyelamatkan gadis itu memakan masa lapan jam dan membabitkan 40 orang. 
Operasi dilancarkan apabila Georgia pengsan kerana masalah pernafasan dan sakit dada di bilik yang sudah sekian lama menjadi penjaranya.

Friday, May 25, 2012

Mengapa Doktor Bedah Pakai Baju Warna Hijau?





Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa? Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. 


Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah. 

Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

Thursday, May 24, 2012

Kesan Jika Tutup Laptop Tanpa Shut Down





Sebelum ni, Encik Billy pandang remeh benda ni. Tapi lepas baca fakta-fakta di bawah, baru tau..terkedu jugak. So pastikan korang shutdown dulu laptop korang daripada terus tutup macam tu je...


Kesan-Kesan Jika Tutup Laptop Tanpa Shut Down:
  • Kehilangan data pada registry di mana semasa komputer dalam proses pengendalian atau masih beroperasi, komputer akan mendaftar atau registry komponen komputer yang tersedia ada atau pun applikasi yang telah digunakan, ini akan mengakibatkan komponen atau aplikasi tidak dapat disimpan pada registry, ianya akan mengakibatkan sistem recovery tidak berfungsi sebaiknya.
  • Akan mengurang jangka hayat komponen komputer dimana semasa komputer dishutdown unit pemprosesan atau pun processor memberi arahan kepada bios untuk memberhentikan segala kerja komponen yang terdapat,ianya jugak mengawal arus keluar masuk pada komponen, jika anda mematikan komputer dengan arus tidak betul lama kelamaan komponen anda akan cepat rosak.
Related Posts with Thumbnails